universal studio Singapore

universal studio Singapore

Sunday 27 November 2011

soalan psv


Soalan  PSV
Bulatkan jawapan yang betul .
1)    Tiga warna asas ialah merah ,biru dan ____________.
A)    Putih                 B) hijau                  C) kuning

2)      Warna kunyit ialah ___________ .
A)    Kuning              B) merah                C) ungu

3)      Warna daun kelapa ialah  ________ .
A)    Biru                  B) hitam                  C) hijau

4)      Apakah hasil campuran warna di bawah ?
Oval:  MerahOval:   Biru                                          +                                 =
A)    Ungu                B) merah                  C) hitam

5)      Proses lipatan kertas dipanggil  _________ .
A)    Lukisan             B) origami               C) guntingan

6)      Kertas warna dang am ialah bahan untuk aktiviti _________ .
A)    Tiupan              B) kolaj                    C) catan

7)      Kotak- kotak terpakai boleh menghasilkan model _________ .
A)    Makanan          B) kenderaan dan bangunan            C)pakaian


Friday 18 November 2011

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bidang Membuat Corak dan Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti menggambar, binaan, kraf dan sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi

                Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Sebagai guru yang ingin membuat penilaian terhadap hasil karya dalam bidang mencorak, guru perlu memahmi bahawa membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid memahami cara dan teknik menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang serta mengaplikasikannya menjadi rekaan. Sebagai contoh, seorang guru mengajar murid di dalam kelas mengenai corak tidak terancang melalui teknik tiupan. Kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah untuk aktiviti tiupan dalam corak tidak terancang ialah dari segi warna, kemasan, alat & bahan, gubahan dan motif. Gubahan adalah wajaran yang meliputi cara susunan corak tiupan terhasil dan asas seni reka yang meliputi unsur rekaan serta prinsip rekaan dalam sesuatu penghasilan karya mencorak. Penggunaan alat dan bahan dapat dinilai melalui cara murid menggunakannya. Faktor kesesuaian pula perlu diambil kira kerana alatan yang boleh menghasilkan tiupan adalah straw. Jika murid menggunakan peralatan yang lain, mungkin akan terdapat daya kreativiti dan idea baru di mana mereka melakukan pengubahsuaian terhadap alat dan bahan, dan mampu memberi markah terhadap aspek kreativiti. Penggunaan warna untuk corak pula perlu terancang dan mestilah menarik. Motif yang dipilih hendaklah sesuai dengan tajuk atau tema yang diberikan. Kreativiti murid dapat dilihat melalui penghasilan motif dan pengolahan idea dan penggunaan warna yang harmoni. Keharmonian dan penegasan warna juga merupakan aspek dalam prinsip rekaan. Penggunaan warna yang berkontra menunjukkan murid berjaya memahami kategori warna sekunder dan primer. Daripada pengetahuan tersebut, corak dapat dihasilkan melalui susunan dan penggunaan warna yang kreatif.

 Contoh

PENDIDIKAN SENI VISUAL

O R G A N I S A S I   K A N D U N G A N

Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada  empat
standard kandungan iaitu persepsi estetik,  aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaeran digubal dan diperincikan
bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran.
 
STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI  ESTETIK 
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat
pada alam ciptaan Tuhan,  objek buatan manusia, dan karya seni.  
 
STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI  SENI 
Standard kandungan  ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual  menerusi penentuan media
dan teknik dalam aktiviti seni. 
 
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual  menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber,
kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni. 
 
STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,
dan budaya.  Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain,
kehidupan, dan kerjaya.